Wednesday, July 27, 2011

JODOH KETENTUAN ALLAH S.W.T

JODOH KETENTUAN ALLAH S.W.T
Sunnatullah (ketentuan) bahawa Allah Taala menjadikan makluk termasuk manusia secara berpasang-pasangan untuk melengkapi antara satu sama lain. Fitrah manusia adalah ingin dikasihi dan disayangi dengan dibatasi lingkungan syarak.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYa ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (surah Ar-Rum :21)
Setiap manusia pasti ada jodohnya bergantung pada Takdir Allah dan ikhtiar dari manusia itu sendiri. Masa depan kehidupan suami isteri erat kaitannya dengan memilih suami, maka, Islam memberi anjuran agar memilih akhlak yang baik, soleh dan taat dalam mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang dalam agama Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang akhlaknya kamu redai maka kahwinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakkan.”(Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Namun begitu, jika setiap usaha yang dilakukan itu tidak seperti yang diharapkan, fikirlah sesuatu dengan penuh keimanan yang mana Allah akan member yang lebih baik untuk kita. Insyaallah..

No comments: