Sunday, January 20, 2013

Untuk Bersatu ❤ perlukan kekuatan

Yuszeana Yunus
&
Zulfazli Abdullah


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa-jiwa Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar" amin
 
BETULKAH KEPUTUSAN KAMI UTK BERTUNANG DAN MELANGKAH KE ALAM SETERUSNYA
Perkara yg bermain dipikiran kami. Sering berbelah bagi di hati samada keputusan hendak bertunang dan bernikah ini syari'e atau tidak. Saya pikir, sebagai seorang hamba yang baik, setiap keputusan saya dan persetujuan MYB ambil ini setelah dirujuk, dibincangkan sedalam2 nya dan bersandarkan pada pandangan syarak. Bukan sekadar berpandukan perasaan dan emosi saya semata.



"Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik"



Hukum pernikahan yang simple dan mudah difahami. Memang tak dinafikan, panjang perbahasannya, namun perkara simple ni pasti lebih melegakan fikiran yang kusut saat hati resah menanti saat MYB abis study... hehe.

1. Wajib - Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
2. Sunat - Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina.
3. Harus - Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.
4. Makruh - Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
5. Haram - Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.


ISTIQARAH
Kemudian, hisablah diri masing2 di samping memohon petunjukNya. InsyaAllah meneguhkan hati di atas pilihan yang terbaik.

"Ya Allah, Berkatilah Majlis yg kami rancang ini, moga menjadi kenyataan, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kami dalam perancangan Ini, Kurniakanlah Kami kekuatan dan ketabahan utk mengharungi segala rintangan yg bakal kami tempuhi. Kekalkanlah Jodoh Kami Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Kami Dengan Berkat Ikatan Ini " amin


DUGAAN PERTAMA
Semestinya restu dan kerjasama ibu bapa. Samada sebelah pihak atau dua2 pun bermasalah serupa. Namun, yakin3!! dan yakin3!! Setiap kebaikan itu pasti bersama pertolongan Allah.

MYB masih study n terlalu muda utk lalaui semua ini, Saya yg terlalu lama menunggu dan terbeban dengan HARAPAN besar semua org utk menamatkan zaman bujang ini. Family, kawan2, musuh dan semua org yg mengenali saya meletakkn harapan yg amat berat utk saya tanggun. MYB dan saya mempasakkan semua ini dalam jiwa kami berdua moga hati kami dalam genggaman Allah. Allahlah yang membolak-balikkan hati manusia. Berusahalah dan yakin dengan pertolongan Allah.
Kami yakin, family kami bukan tidak sayangkan anak, cuma masih ada yang kurang yakin akan survival anak2 dan masih tidak dapat memahami antara adat, pandangan umum, dan tuntutan syarak. Berusahalah dengan bijaksana! Huhuhu



"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada kami berdua Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Yang Bakal kami tempuh nanti, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW" amin



DUGAAN KEDUA
Soal wang. Yang ini, bagi kami adalah masalah yang sangat relatif. Bagi si A yang sederhana, rm100 tu banyaaaak. Bagi si B yang agak mewah, cipuuuutnyeeee. Soal wang ini memang rezeki dari Allah, namun kami masih boleh berusaha dan merancang. Manusia apabila ditanya tentang cukup, memang sentiasa tidak cukup. Wang apabila dibilang2, lagilah dirasakan tak cukup. Saya dan MYB, ada juga membuat tabungan mula3 kali berkenalan dan serius dah 4 tahun kami menabung ada sedikit simpanan dari ptptn MYB, elaun3 MYB, bonus2 dan gaji3 lebih saya dan mungkin sponsor2 dr family MYB dan saya. Hehe.

Kami yakin dengan janji Allah tentang rezeki dalam ayat 1000 Dinar. "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Sesiapa berserah diri bulat2 kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya..Insyallah.

Dari satu hadith, antara 3 orang yang dijamin rezekinya oleh Allah ialah orang yang berkahwin untuk menyelamatkan diri dari melakukan maksiat. InsyaAllah dengan keberkatan dan kesabaran, segalanya mencukupi. Insyallah


"Ya Allah Ya Rahman,
Semaikanlah di atas kami perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada kami jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur kami di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara kami persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup kami sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada kami keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Kami nikmat yang berkat. Luaskanlah kepada kami pintu rezeki. Peliharalah kami dan lindungilah kami Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah kami dari perangai buruk dan kurniakanlah kami peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah" amin


AKHIR SEKALI
Mudah-mudahan tiada lg dugaan ketiga, keempat dan seterusnya. Jika ada moga hati kami berdua tetap teguh bersama utk menghadapi nya dgn reda dan tangani nya dengan bijaksana. Insyallah

"Ya Allah, Satukanlah Hati Kami Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Kerberkatan Kepada Zulfazli Dan Atas Yuszeana Serta Mengumpulkan Kami Berdua, Dalam Kebaikan." Amin ..amiin...ya rabbal alamin…



SELESAI SUDAH CORETAN PERJALANAN CERITA KAMI PALI & YANA UNTUK MELANGKAH KE FASA BARU.

Hanya pada MU Ya ALLAH..
Kuatkanlah ikatan kami, kekalkanlah cinta kami. Teguhkanlah pendirian kami dalam mempertahankan CINta yg telah kami bina ini. Hanya pada MU Ya ALLAH..
Kita mampu berserah JODOH antara kami
Amin…
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa-jiwa Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar" amin

Saturday, January 5, 2013

I will miss u

Hei hei hei. Puoh pulok male2 ni. Ari ni nok citer pasal darling i ni lah. Insan yg di beri nama mohammad zulhilmi oleh ayah cik iaitu pak sepupu kawe. Kihkihkih. Lebih glamor ataupon mesro dgn panggilan romeo, eh eh salah ANGAH. First kawe jupo angoh kat PULAPOR maso tuh keno jd penunjuk arah @ drive sbb my sister n my brother sibuk dok leh nok bawak ayah cik jupo angah yg sede jalani latihan kat PULAPOR bakal polis. Situ lah kawe jupo angoh utk kali pertama. Sedih nyoh dio dok kenal pun. Kahkah nok kenal gano mugo doh lost contat berapo puluh tahun. First tgk budok ni budok baik ni... Hehehe ada camestry pulok raso. Seterusnya jupo lg jupo lg jupo lg. hang out sama2 main bowling pusing2 tepak tulo g situ g sini yg yang pasti aku dpt make free sokmo. ermmmmm tiba2 rasa mace hidup kt sarawak ni terisi ado ore nok hang out nok saing nok make samo2 jale samo2 g teme g situh g sini. Rasa mace ado life yah sabtu n ahad kalu dok tido make tido. Terima kasih budok romeo teme cikngoh sebulan lebih ni. Hadir dlm idup cik ngoh yg sememe nyoh dok beraso best sarawak n sunyi giler sini. Tq.
Setiap pertemuan pasti ado perpisahan esok smp lah waktu nya kito berpisoh n angah akn jalani @ mulokn tugas di tnpt baru kihkihkih tmpt yg plg best kn marudi miri. Kahkahkah selamat bertugas n slmat cari gewe ramai2 jugok. Kihkihkih. Cik ngoh akn rinduuu kn angah. Mintak maaf kalu ada salah silap mintak halal kan termakan terminum sbb angah slalooo bayar cik ngoh make. Kihkihkihkih...Tq dan good luck di tmpt baru. Take care darling.